Kem Nemo

Latar Belakang

Kem Nemo secara rasminya telah dibuka kepada pengunjung pada bulan Feb 2019 setelah setelah selesai serah menyerah tugas kepada KENANGA UTUH Sdn Bhd pada 15 Januari 2019. 

Kem Nemo merangkumi keluasan 5 ekar berhadapan dengan Laut China Selatan. Kem Nemo dibina dipersisiran Pantai Balok dan bersebelahan dengan Derhu Beach Resort. Kem Nemo amat sesuai untuk aktiviti riadah berkonsepkan perkhemahan dan aktiviti santai di tepi pantai.

Bagi anda yang ingin  membuat program perkhemahan tetapi tidak tahu tempat yang sesuai untuk mengadakan aktiviti perkhemahan, kami boleh menyelesaikan masalah anda. Kem Nemo kami sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan KEM NEMO Balok Kuantan.   

Kem Nemo terletak di Pantai Balok bersebelahan dengan Derhu Beach Resort yang mempunyai Kolam Mini Teampark yang terbesar di pantai timur.
Ianya terletak kira-kira 20 minit dari Bandar Kuantan dan 25 minit dari Cherating. Bagi anda yang melalui LPT Pantai Timur dari arah Kuala Lumpur anda perlu susur keluar Tol Jabor, ianya mengambil masa 5 minit untuk sampai ke lokasi, Sekiranya anda dari Kuala Terengganu pula anda perlu melalui jalan ke Pantai Balok.      

Untuk mereka yang sukakan kehidupan di pantai atau pun mereka yang sedang mencari ketenangan dari kesesakan di Bandar,  KEM NEMO sangat sesuai dengan ketenangan pemandangan laut China Selatan dengan pancaran sinaran matahari pagi terbit amat menyegarkan. Keindahan alunan ombak serta tiupan bayu pagi sangat tenang. amat sesuai untuk riadah bersama keluarga. Ianya juga sesuai untuk aktiviti sekolah, IPT/IPTA, Kolej-Kolej mahupun badan kerajaan dan swasta. Terdapat berbagai-bagai aktiviti yang anda boleh jalankan seperti Kem Motivasi, Kem Kepimpinan, Kem Jatidiri Team Building dan lain-lain.         

Back to Top